Info Unit Agama
Oleh : Ustaz Azwan Anuara
OBJEKTIF UNIT AGAMA
- Pada umumnya, Unit Agama ditubuhkan dengan tujuan untuk memberi bimbingan keagamaan kepada pelajar, dengan mengarahkan mereka kepada ajaran Islam yang sebenar bagi menyelamatkan diri, nilai dan masalah yang dihadapi oleh para pelajar.
- Berusaha menghindari para pelajar dari terpengaruh oleh aliran ajaran yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
- Menyelesaikan kekusutan pemikiran dan jiwa di kalangan para pelajar, yang pada umumnya berpunca daripada kekurangan pengetahuan tentang agama Islam.
- Berikhtiar membentuk peribadi dan perwatakan pelajar yang ‘Intergreted’, seimbang antara pencapaian dalam bidang keilmuan dan kerohanian, dalam rangka menerap dan melaksanakan keperibadian Islam yang luhur.
PIAGAM PELANGGAN UNIT AGAMA
Pelajar dan kakitangan adalah pelanggan kami, maka kami akan memberikan layanan yang cepat dan bertanggungjawab, dengan mewujudkan interaksi yang baik, mesra dan harmoni, kerjasama yang erat dan fleksibel, serta mengurangkan birokrasi dalam :
- Memberi bimbingan keagamaan islam bagi menyelesaikan sebarang permasalahan diri dan sosial melalui khidmat nasihat dan kaunseling.
- Berusaha menghindarkan diri pelajar/kakitangan daripada terpengaruh kepada segala gejala yang bertentangan dengan islam.
- Membentuk peribadi pelajar yang unggul, seimbang antara keilmuan dan kerohanian dalam rangka melahirkan generasi berwawasan.
FUNGSI UNIT AGAMA
- Memberi khidmat nasihat dan kaunseling (Agama)
- Mengendalikan kelas-kelas / kuliah agama
- Menganjurkan ceramah-ceramah Agama
- Sambutan Hari Kebesaran Islam
- Menganjurkan kursus-kursus/bengkel
- Mengawasi aktiviti keagamaan
- Khidmat Nasihat
- Kaunseling Peribadi
- Kaunseling Kelompok
- Amil Pungutan Zakat
- Membuat pungutan zakat Fitrah di UiTMS
- Memberi penerangan tentang zakat
- Melapor dan menyerahkan pungutan zakat kepada TBS
- Menjalin hubungan baik antara UiTMCS dan MAIS / TBS
- Menganjurkan Seminar/ Bengkel/ Forum/ Kursus keIslaman seperti:
- Kursus Kefahaman Islam
- Khemah Ibadah
- Pemantapan Aqidah
- Kursus Pra Perkahwinan
- Aktiviti Pemantapan Sahsiah Muslim
- Lain-lain
- Pengendalian ko-Kurikulum
- Penerbitan / Sebaran
- Menerbitkan risalah mingguan / bulan
- Poster / Pamplet sebaran Islam
- Sambutan Hari Kebesaran Islam seperti:
- Maal Hijrah
- Maulid ar-Rasul
- Israk Mikraj
- Nuzul Al-Quran
- Hari Raya Aidil Fitri / Aidil Adha
- Pengurusan Masjid / Surau
- Pelaksanaan Solat Fardhu Jumaat
- Pelaksanaan Solat Fardhu lima waktu
- Pengendalian kemudahan pengguna
- Keselamatan dan kebersihan persekitaran
- Penyelarasan Khatib Jumaat
- Penyelarasan Kuliah Maghrib
- Ihya Ramadhan
- Pengimarahan surau